Wednesday, June 19, 2013

Kek Baldu Merah 

Bahan-Bahan:
Bahan A
2 1/2 cawan (250 gm) tepung gandum  
1 sudu kecil baking powder
2 sudu besar (15 gm) serbuk koko
1/2 sudu kecil garam


Bahan B
1/2 cawan (113 gm) unsalted butter (saya guna jenama SCS) - suhu bilik
1 1/2 cawan (300 gm) gula kastor
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla


Bahan C
1 cawan (240 ml) buttermilk
2 sudu besar cecair pewarna merah

1 sudu kecil cuka masakan
1 sudu kecil baking soda

Cara-caranya:(saya buat ikut sukatan cawan... senang.)

1. Ayakkan bersama-sama tepung gandum, baking powder, serbuk koko dan garam. Ketepikan Bahan A ini dulu.
2. Pukul butter sehingga kembang dan kemudian masukkan gula kastor sedikit demi sedikit. Kemudian, masukkan telur sebiji - sebiji. Maksudnya, selepas masukkan sebiji telur pukul dulu, baru masukkan sebiji telur lagi. Selepas itu masukkan pula esen vanilla dan pukul sehingga sebati.
3. Dalam mangkuk lain campurkan buttermilk dengan 2 sudu cecair pewarna merah. Kacaukan sebati Bahan C ini.
4. Masukkan Bahan A dan Bahan C secara bergilir-gilir ke dalam adunan butter. Dimulakan dengan Bahan A dan diakhiri dengan Bahan A juga. Maknanya masukkan tepung-buttermilk-tepung-buttermilk-tepung sehingga sebati.
5. Campurkan cuka masakan dan baking soda dalam bekas kecil. Ianya akan berbuih dan berdesir dan terus campurkan ke dalam adunan tadi dan kacau sebati. Dengan segera, bahagikan adunan ke beberapa loyang dan masukkan ke dalam oven dengan suhu 175C selama 25 minit.
6. Bila dah siap dibakar, sejukkan kek diatas rak oven/wire rack. Bila dah sejuk, balutlah kek tadi dengan plastik dan simpan di dalam peti sejuk selama sejam atau sehingga semalaman (lagi sedap rupanya!) atau bila dah ready nak makan. (:

No comments:

Post a Comment