Friday, June 21, 2013

setelah seharian berhempas pulas berusaha memerah keringat ke sana ke mari mencari pokok stevia...AKHIRNYA....kami jumpa jugak pokok tu...nak cari anak benih xdapat,kite dpt pokok je..xpe lah janji ade..t kite wat semaian benih pulak.

ape pun moga kami dapat jadi pembekal stevia terbesar di pantai timur...
 korang taw ke stevia ni ape?? hehe... ade yang xtaw kan...meh nk cite



Stevia (disebut sebagai STEE-vee-uh) , adalah pokok renik Amerika Selatan yang berasal daripada Paraguay, di mana daunnya  telah digunakan sebagai pemanis oleh orang India Guarani lebih daripada beribu tahun dahulu.
Walau pun rakyat India telah menggunakan Stevia berabad tahun, ia tidak dikenali sehingga tahun 1899 apabila tumbuhan itu ditemui oleh M.S. Bertoni. Beliau memerhatikan kaum asli tersebut menggunakan tumbuhan itu untuk menjadikan minuman mereka yang pahit menjadi manis. Akhirnya, Bertoni diberi pujian kerana berjaya menemui spesis baru  dan beliau juga diberi penghormatan apabila stevia turut dikenali sebagai Stevia Rebaudiana Bertoni.

Bahan utama stevia adalah Stevioside dan Rebaudioside, dan kedua-dua bahan ini mempunyai banyak kelebihan, ia bebas kalori dan mempunyai rasa manis yang tinggi berbanding dengan gula..

Stevia adalah bebas kalori ,tidak ada toksik, karbohidrat sifar dan memberi manfaat kepada masalah kencing manis, obesiti, tekanan darah tinggi, kerosakan gigi dan kandungan gula dalam darah yang tinggi atau rendah (hypo-and hyperglycemia). Ia  semula jadi, alternatif yang sihat menggantikan gula dan pemanis kimia seperti aspartame dan saccharine.

so...gantikan penggunaan gula dalam kehidupan anda dengan stevia..



No comments:

Post a Comment